Saturday, April 19, 2014

Hari ni hari Sabtu.

Ya, hari ni hari Sabtu. Kebetulan hari ni Record Store Day. Kat tempat aku ni takde kedai jual vinyl. Jangan kata vinyl, kedai jual CD lagu pun dah hampir lenyap. haha. Nasib baik la sekarang ni boleh beli online. Jadi sempena RSD, aku nak share satu rekod/vinyl/LP/piring-hitam-manis yang pertama sekali aku beli dalam hidup aku. haha. Ni kes masa mula-mula berjinak dengan ebay. Aku fikir masa tu asal ada satu vinyl jadi la nak dibelek-belek. Tak terfikir pun nak beli turntable masa tu.




Beli kat satu seller dari UK. Harga dah tak ingat. Bila dapat vinyl ni rasa macam menarik pula kalau dapat didengar sekali. Lepas dari tu koleksi makin bertambah sikit demi sikit, lama-lama masih sikit jugak. Tapi tak boleh main beli gitu-gitu je vinyl ni, harga mahal. Jadi aku fikir elok beli album yang betul-betul diminati saja la.


Turntable plug n play. Speaker kat tepi, yang ni tak sesuai la nak dengar album-album 90an ke atas. Kecuali sambung ke amp dan ext.speaker. Kalau pasang terus macam ni, paling sedap lagu-lagu dari vinyl yang lama. Baru terasa klasik. Aku try lagu raya kat turntable ni, haha... mata rasa macam nak masuk habuk bila dengar. Orait, kalau ada masa aku tulis-tulis lagi. 

6 comments:

  1. lama tak menulis cikgu...heheh...

    kalau aku beli lp...aku akan pastikan lp pertama aku mesti Iron Maiden...dan semestinya Somewhere In Time...tapi tu cakap jer la...kalau terjumpa Poison dulu...aku angkat Poison...auuuuu...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poison flesh and blood. Tu aku nak, lagu Life Goes On mmg awesome didengar. haha

      Delete
  2. sama la dengan aku..kalo nak beli LP sekarang beli yang betul2 minat je..

    err..eddie vs.hulk? heheh

    ReplyDelete
  3. LP.... tunggu ada budget 20.... ( tak tahu bila... ) hehhee

    ReplyDelete
  4. ermmm LP? takpa la, aku stick dgn CD ajer haha

    ReplyDelete