Wednesday, December 12, 2012

The Best of Bloodshed Ensaiklopedia




CD yang agak lama juga dicari sejak ternampak gambarnya (cover hadapan CD ini) di laman facebook Warner Malaysia pada akhir Disember tahun lepas (2011), akhirnya berjaya dimiliki Disember tahun ni. 


Ianya sebuah kompilasi lagu-lagu terbaik dari band rock lagenda Bloodshed yang mengandungi 24 buah lagu yang dipetik daripada 3 buah album Bloodshed iaitu Ilusi Sebuah Mimpi, Samarkand dan Villa Misteri (album dimana mereka menukar nama dari BLOODSHED menjadi BLACKSHED). 

Daripada 24 buah lagu tersebut, 5 buah lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi, 10 buah lagu dari album Samarkand dan 9 buah lagu dari album Villa Misteri.

Tracklist:
CD 1

1. Samarkand
2. Peristiwa
3. Carilah Wajahmu 
4. Di Bendung Kasih
5. Fesyen
6. Marilah Berjuang
7. Missi
8. Ensaiklopedia Siswa
9. Bermuda
10. Mata Cinta
11. Harimau
12. Pertumpahan Darah

CD 2
1. Jangan Terpedaya
2. Tanah Air Api Angin
3. Waspada
4. Srikandi Cintaku
5. Fillo Bercandi
6. 1 & 1000
7. Kota Itu
8. Mengenggam Bara
9. Kota Itu Ilusi
10. Satria Mega
11. Panah Arjuna
12. Tangisan Salju Di Khatulistiwa

Apa? 10 buah lagu dari album Samarkand?? Satu album penuh tu. Villa Misteri kurang satu lagu (lagu Villa Misteri), kalau tak jadi album penuh juga. Untuk lagu-lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi....aku kecewa sebab lagu Ilusi Sebuah Mimpi tak dimasukkan sekali sebagai THE BEST.....huhuhu.

Gambar atas bumbung bangunan, dari album Ilusi Sebuah Mimpi. 

Cover depan gabungan elemen-elemen utama bagi ketiga-tiga album. Ada tangan dengan gitar (Ilusi Sebuah Mimpi), Kuda (Samarkand) dan Kerusi (Villa Misteri). 


Takde info menarik kat dalam kertas-CD-lipat-dua ni, cuma senarai lagu kat dalam. Kompilasi (2 CD) ini boleh didapati pada harga RM27.90...sekian.

12 comments:

  1. RM27.90 murah tu, full album Samarkand lagi.. cuma kurang gambar2.. patut letak 3 cover album asal at least.. mmm kena beli gak :)

    ReplyDelete
  2. Kat mana ko beli ni beb?...lama dah aku cari...aku Samarkand ada...nak cari Ilusi Sebuah Mimpi jer ni...tapi 5 lagu jer eh?..Ilusi Sebuah Mimipi pun takder?...hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama Kompleks. Cari kat Speedy mmg tak jumpa.

      Delete
  3. steady! boleh dapat CD ni... rasa dah tak jumpa dah nih.... kenapa tak keluar balik buat versi 3 in 1 ke...kan best!

    ReplyDelete
  4. lagu nostalgia rindu je takda eh..lagu tu pun best jugak

    ReplyDelete
  5. Kadang2 aku fikir Scandals kalo sambonggg..
    ngan Opie, ngan Joe Wings...

    giler nye bagus Scandals...aku paling suka dorang dulu.

    ReplyDelete
  6. scandal dah kira supergroup kalau reunion balik... Joe Opie Bard dan lagi 2 orang.. ( lupa nama )

    ReplyDelete
  7. pekena cendol pulut dulu lepas solat jumaat, pas tu terus gi carik la ini kompilasi... steam je tengok...

    ReplyDelete
  8. skrg dah klua 3 album skali dlm bentuk cd...rm 15.90

    ReplyDelete
  9. skrg dah klua 3 album skali dlm bentuk cd...rm 15.90

    ReplyDelete