Sunday, February 22, 2009

Original Vs Fake PS2 Contoller (Tips untuk pembeli)

Dulu masa aku masuk form 1, abang aku ada beli video game Nintendo. Game first yang aku main masa tu BATTLE CITY. Dari Nintendo, beralih ke SEGA MEGADRIVE 16-bit, pastu SUPER ENGINE, pastu SUPER NINTENDO pula (SNES), pastu game kecik pula GAMEGEAR (Versi Sega kecik, pun abang aku punya), pastu PLAYSTATION 1st gen (fat version), pastu GAME BOY ADVANCE. Tapi semua tu bukan aku punya, ye la aku mana la ada duit nak beli semua tu. Sekolah lagi lah katakan (era Nintendo to Sega, masa PS aku dah pegi ITM. Aku pulun PS masa cuti semester). Lepas abang aku ambik PS dan bawak pegi rumah dia kat KK, aktiviti game aku terbantut,. Aku ada try main game komputer, tapi macam sial je main ngan keyboard. Memang aku tak reti dan automatik aku tak terer. Aku lebih prefer main guna controller aka joystik.

Kira lama gak la aku tak main game ni, stop sekitar tahun 2001, pastu mula balik hujung last year. Ni semua kes aku ternampak satu video kat youtube. Ada sorang budak jepun kecik (aku rasa umur dlm 3~4 tahun) tengah pegang gitar controller main game GUITAR HERO III (GH3), lagu Through Fire and Flames- DRAGONFORCE. Rasa best je tgk dia main. So aku cari lagi video2 yg tunjukkan game GH3 tu. Memandangkan aku ni minat main gitar, so start dari situ la aku berazam beli video game, sebab nak main GUITAR HERO je mulanya.

Dan hujung tahun lepas aku berjaya beli video game sendiri, PS2 3rd Gen (modded, 2nd gen tak ada built-in kipas, so main tak bleh lama sgt) dan PSP 2000 Slim n Lite (juga modded, kalau tak modded confirm aku bankrap asyik beli cd game ori yg rata2 harga rm1++ ~ rm2++). Aku beli PS2 kaler Satin Silver. Aku beli kat Alam Sentral ngan free 20 DVD game (dah tentulah ciplak, kalau ori confirm bankrap kedai tu), 2 set controller dan 1 memori kad 8Mb. Aku tanpa banyak soal pilih game dan cek console bleh main ke tak. Sepatutnya dpt contoller kaler yg sama ngan console yang aku pilih (satin silver), tapi hampeh, tokei tu bg kaler hitam. Aku tanya apsal tak silver, dia kata mmg diorg ada hitam je. Aku masa beli tu tak buat research dulu, so aku consider ori, then bayar dan blah. Bila dah ada benda tu, baru la aku gatal2 tangan cari info kat internet, ternampak la forum tgh bincang contoller yg ori ngan yg tak ori. Baca punya baca, pastu dah tau skit aku cek aku punya contoller, confirm fake. Dlm forum tu gak ada bgtau yang hampir semua kedai kat Malaysia ni yang jual PS2 (kecuali kedai Sony la) memang jual console yang ori tapi tak bagi controller tak ori. Harga controller tak ori biasanya dlm lingkungan rm2+. Ada yang mencecah rm6+. Memang susah la nak jumpa kedai yang betul2 jual console sekali ngan ori controller. So kat sini aku nak share sikit info mcmana nak kenal controller ori dan yang tak ori, tu pun kalau korang nak beli PS2 la. Korang tgk gambar kat bawah ni. Sama kan. Yang ni abang aku punya. Satu ori, satu ciplak. Kalau bukan gamers mesti dia kata sama je main guna contoller tak ori ngan ori, bleh jalan gak, bleh lompat gak. Tapi bg aku, feel tu yg penting. Mcm ko main gitar Gibson tak ori ngan yang ori punya, berbeza beb. Contoller tak ori bila korang tekan button dia rasa mcm semacam je, tp yg ori best giler. Perhatikan logo SONY tu, yang ori clear, yang tak ori tak terang. Cuba tgk gambar kat bwh ni pula. Yang ni aku punya, silver tu ori, yang hitam tu ciplak. Wayar dia lebih panjang dari yang tak ori, lebih kurang 8 kaki, tak ori lebih kurang 6 kaki. Kat bawah ni pula dr segi kaler led. Yang ori cerah, yang tak ori malap. Yang seterusnya tulisan kat wayar. Tgk gambar berikutnya. Yang ori tulisan dia kecik, yang tak ori tulisan dia besar. Ok kita pegi tgk belakang pulak. Biasanya yang tak ori tulisan “Entertainment” dia mcm ni “Enter tainment”, ada space antara huruf ‘r’ ngan huruf ‘t’ tu. Tapi yang ori dia tulis ngam, tepat. Pastu gambar kat bawh ni pula. Sebelah kanan tu ori, kiri tak. Senang je, sblh kanan tu berkilat dia punya hujung tmpt nak cucuk tu, tp yg tak ori tak kilat. So, get it? Dah tau mana ori mana tak? Tunggu apa lagi, go and get PS2 now. PS2 dah jadi endangered species sebab SONY dah kluarkan PS3. Tapi PS3 blum ada modded version lagi, so kalau beli pun kena beli dvd yg ori gak utk main. Kopak la korang rm2++ nak beli satu dvd game je. Lagi satu, bagi mereka yg blum beli DVD player tu, aku syorkan korang beli PS2, sbb PS2 bleh main DVD movie. Korang dpt 2 dlm 1, bleh tgk movie, bleh main game. Aku skrg ni tgh cari microphone, sbb nak main game SINGSTAR, mcm karaoke beb. Kat KK ni mcm tak jumpa je aku mic ni, korang ada jumpa tak? Kalau ada bgtau aku. Hahaha. Enjoy.

8 comments:

  1. Mantap punyer penjelasan... siap gambar siut... ni baru betul fanatik gamers nih... nak celen ker...ader berani...

    Jangan lupa jadi follower santai....

    ReplyDelete
  2. Pesanan dari Kimi...

    Betul la joypad tu ada ori ngan tak ori, tapi background karpet getah tu conform tak ori punyer... he..he..he...

    ReplyDelete
  3. karpet getah tawau mari..hahaha..

    ReplyDelete
  4. hidup gamerz....he3

    ReplyDelete
  5. cari cd game shinobido way of the ninja 1,2.. kalau ada nak beli.. call 0177305667

    ReplyDelete
  6. Woo. I loike. Haha.
    Insyaallah tahun ni nak beli PS2.
    Thanx for the info. :D

    ReplyDelete
  7. Memang mantap bro!!! Tq!!!

    ReplyDelete
  8. Thorbaekkkkk laaa berooooooooo.... thnksss info...

    ReplyDelete