Bukan alien. Bukan juga cerita porno. Blue Blood adalah album kedua dari kumpulan yang berkonsepkan visual kei, X Japan (dikenali dengan nama X sahaja untuk album ni).
Rata-rata peminat X Japan memuji rilisan ini dan menganggap rilisan ni adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh kumpulan ini. Album Blue Blood telah mula dirilis secara rasmi pada 21 April, 1989. Memuatkan 12 buah lagu.
Sayang sekali dalam bahasa Jepun melulu (total)
Boleh klik kat blog en.Deaf ni untuk review setiap lagu (aku rasa kalau aku tulis pun bunyi macam tu juga...huhu..sama taste).

Kat dalam booklet biasa la kan, lirik
Kat tengah, gambar line-up, ni la visual kei..huhu. Marty Friedman suka band ni.
CD ni bukan Japan pressing, tapi Korea pressing. Aku beli kat ebay , seller yang sama yang jual X Japan on Piano. Dalam CD ni ada insert, translate dari bahasa Jepun ke bahasa Korea. Part English tak translate. Kalau la Malaysia bleh bikin macam ni..hmm..dream on.
Perhatikan gambar ni.
Huhu.. ingatkan makanan je ada expiry date. CD ni sebiji la kan ngan Japan pressing.
Ni gambar album pertama diorang, Vanishing Vision, tapi yang ni versi CDR yang aku dapat dari kedai kat Pertama Kompleks tu. Kedai tu jual RM70, tapi aku tengok Taiwan pressing. Tak pasti ori ke tak. Aku dah cari kat ebay/amazon album 1st ni, tapi harga ..huhu. Tak mampu aku. Cukup tu je la aku nak kongsi ngan korang yg baca blog aku ni. Ok, tengkiu.


