Ni pula lagu Hear Me Cry.
Yang ni pula lagu Here We Are Again
Metallica ada rakam lagu ni dalam Garage Inc. Ni antara lagu fav aku dalam album ni. Dulu-dulu kalau aku beli tape aku akan tulis tarikh aku beli tape tu dan nama aku skali. Bukan apa, sebagai peringatan kat member2 yang pinjam bahawa tape tu aku yang punya. Huhuhu. Sekarang dah tak tulis dah, malas nak tulis. Dibeli pada 14 April 1994. Huiyoo.. dah 15 tahun rupanya. Kalau sekolah dah masuk tingkatan 3. Kena ambik PMR la dia tahun ni. Huhuhu.
Band grind dari Singapore ni adalah antara band grind yg menjadi favorite aku. Tape reh/demo 93' ni mula dapat kat tangan aku pada 18 Ogos 1994 (aku ada tulis kat belakang cover tape ni, tu yg ingat haribulan sekali huhuhu) by airmail setelah diorder pada 22 Julai tahun yg sama. Aku dari dulu sampai skrg ni mmg addict ngan mail/net order ni. Ntah la apsal. Best tunggu brg sampai kot. Mcm dpt hadiah gitu. Huhuhu. Ok jom tgk apa tape ni. Kita tgk cover dulu lah. Cover demo dulu2 biasa la, cut n paste oldskool style. Tgk dekat2 tape ni bleh nampak kesan tampalan tu lagi walaupun dah dipotostat. Yeah, oldskool rules!! Sekarang cut n paste dah tak perlu gunting ngan gam lagi dah. Masa ni komputer hanya yg mampu je ada kot. Tak pasti la sebab aku pun baru je kenal ngan komputer2 ni. Sapa yg ada typewriter elektrik masa tu pergh..mesti best gila la.
Cover tape ni dipotostat di atas kertas biru yg dilipat. Aku mengambil langkah keselamatan agar cover ni tak koyak dengan menampal selotape lebar ke seluruh permukaan. So nampak glossy la masa tu. Kalau member2 pinjam pun tak la cepat lunyai dek dibelek2. Kat dalam cover ni mcm biasa la, tajuk lagu, thank list dan juga line-up serta copy ke berapa. Lirik takde. Kalau ada pun bukan bleh dengar sgt sebutannya. Biasa la vokal growl tebal. Line-up masa tape ni ialah Fahmy - vokal, Harman - vokal, Iskandar - Gitar, Amirul - Gitar, Ismail - Bass dan Jali - Drums/vokal.
Blank tape yg digunakan utk salin demo ni pula jenis SONY 60 minit. Ada satu lg brand blank tape yg biasa digunakan dlm proses demo2 ni. Tak lain tak bukan brand TDK. Kualiti bunyi ok la, standard la kan dulu2 punya sound utk sesebuah reh/demo. Lagu kat dlm tape ni pun best2. Kalau tak silap ada lagu kat tape ni yg digabungkan dan dimasukkan dlm kompilasi keluaran Dark Journey Records (Intrusion of Dark Journey kalau tak silap). Aku tak ingat lagu yg mana satu, tapi lagu yg kat tape kompilasi tu tajuk dia dah tukar jadi Oljud Knulla. Dalam pada tu, ada satu lagu yg menggunakan bahasa cina. Trek terakhir dalam tape ni iaitu lagu yg bertajuk SIAUCHEA. Apsal pula lagu yg ni aku tau dlm bahasa cina? Sebab ni la satu-satunya lagu yang mempunyai vokal clean + Sing-a-long. Gambar ni pulak alamat yg digunakan pada masa tu.
Tak pasti la masih kekal lg ke atau dah pindah. Tapi kalau korang nak kontek gak korang bleh kontek ngan frontman band ni, korang bleh klik kat
sini or sini kalau nak baca biografi band ni. Ok la. Pernah main kat Kota Kinabalu, aku ada pegi tgk tapi tak ingat pula tahun bila. 2002 or 03 kot. Ni trek list utk reh/demo ni:Inlay pun takde apa yg menarik, tetap sama je. Lirik2 lagu dicetak. Tak de info tambahan. Tetap sama mcm beli kaset. So kesimpulan, macam dulu2. Huhuhu. Album ni gak Joe Wings ada nyanyi untuk lagu Lupakanlah. Antara lagu fav aku gak dlm album ni. Tak pernah dengar Joe Wings nyanyi? Dapatkan album ni. Bagi aku (pendapat aku yg tak dipengaruhi oleh undi2 SMS luar huhuhu) semua lagu best dlm album ni. Tone suara Mel memang kena ngan lagu2 yg ada dlm album ni. Adui..lapar pula ni. Ok la, kalau nak beli CD ni, aku rasa ada lagi kat Speedy tu. Aku nak gi makan ni. Beli ori k.
Alkisah aku ada dua versi album Manowar-Fighting the World ni. Versi CD dan vinyl. Mula beli versi vinyl (ehem..abg aku da yg beli, skrg ni aku yg simpan), lepas tu baru beli versi CD (yg ni aku beli). Meh aku cerita skit lagu2 apa ada dlm album ni. Kita tgk track apa yg ada dlm album ni.
Hah kau, siap minit lagi aku bg (ni ikut mcm kat CD, kalau kat vinyl dia punya minit berbeza). Album di bawah rilisan Atlantic Recording Corporation (Atco) ni mula dirilis pd tahun 1987. Bagi aku album ini adalah antara album Manowar yg best selain Kings of Metal (yg terbaik pd pendapat peribadi aku, huhuhu). Album yang lain bukannya tak best, best gak, cuma yg dua ni lain skit (skali lg, pendapat peribadi).
Jom tgk track 1, dimulakan dgn pukulan drums Scott Columbus, pastu gitar Ross the Boss dan bass Joey DeMaio, pastu suara ramai2 menyebut perkataan “fight!” mcm time konsert pastu barulah Eric Adams memuntahkan vocal bertenaganya.
Track 2, Blow Your Speaker, dimulakan dgn rentak biasa, “Wrote a letter to the MTV” lirik permulaan nyanyian Eric Adams. Agak rock n’ roll skit lagu ni. Ada cerita disebalik lagu ni. Aku tak ingat la, mesti psl rancangan MTV gak ni. Yang aku tau lagu ni antara lagu pilihan VH1 sbg antara 40 Most Awesomely Bad Metal Songs. Mesti kes dendam kesumat ni. Tp bg aku, best. Aku rasa diorg (VH1) dgr tak korek/buang taik telinga kot.
Track 7, lagu yg disambung terus dr track 6. Dgr lagu ni mcm nak gi perang je. Lagu pun tajuk perang, Holy War.
Track 8, lagu lirik empat kerat, mcm pantun pula. Lebih pada bunyi2 gitar Ross.
Aku suka tgk cover depan album ni. Kalau Iron Maiden ngan Derek Riggs sbg illustrator, Manowar pula ngan Ken Kelly. Lukisan cover adalah line-up Manowar tgh berdiri (dr kiri Ross the Boss, Joey DiMaio, Scott Columbus dan Eric Adams) diikuti dgn berjuta org follow dr blakang. Ada yg ikut angkat2 tgn gaya Eric Adams. Sampai lava gunung berapi pun diorg redah. Tukul ngan pedang biasanya ada dlm setiap cover rilisan Manowar. Ok lah. Aku pun dah lapar ni.