Thursday, December 31, 2009

Hello Takapan

Yup, aku dah sampai Takapan semalam, kira-kira jam 8 malam. Flight MH068 aku delay. Nasib baik tak lama.

Dah la aku salah masuk gate, patut aku masuk gate utk domestik tapi termasuk pula gate international.

Sebenarnya aku tak tau flight aku tu pegi Taipei dan singgah kat KK. So aku tengok je la gate yg tertera dalam tiket tu.

Dan yang hampeh nya, masa nak cek in tu minyak rambut aku kena ambik dek polis airport. Polis tu pun bodoh, tak tau tengok tiket. Bangang. Benda2 liquid lebih dari 100ml akan dirampas kalau korang bawa masuk flight. Aku bagitau aku gi KK je sbb flight transit kat KK dan aku terdsalah masuk gate. Dia nak tunjuk kuasa dia tu la kot, eksen la perempuan tua tu. Mesti dia PMS masa tu. Huhuhu.

Ok la, ni untuk encik Portdy:

Dengan ucapan: Ni la kan yg ko cakap tu.. aku pun blum tengok lagi, baru je beli..huhuhu.. dan tahniah dpt baby girl.

Saturday, December 26, 2009

Jom Makan

Dinner aku hari ni

Sate Kajang Hj Samuri

Aku suka kuah kacang dia ni

Campur pula ngan sambal cili dia ni

Pastu pekena pula ngan nasi himpit

Timun jangan lupa.. hmmm bawang je takde ni

Blurpppp... Alhamdulillah. Next year baru pekena lagi sate ni..huhuhu.

Wednesday, December 23, 2009

Kisah Benar Sebenar-Benarnya

Hari ni aku nak cerita.
Kisah benar terjadi dahulu kala (tak la, sekitar tahun 1996-98.. dah tak ingat).

Alkisah tersebut la seorang pemuda yang bernama Shidi (bukan nama sebenar, tp seakan-akan). Dia ni ambik engineering, tinggal kat Kolej Jati (seksyen 3, Shah Alam). Yang pernah duk hostel mesti biasa ngan fogging2 ni kan. Biasa diorg sembur asap ni sebelah petang, membawa ke malam.

Ni kisah waktu petang. Waktu petang masa takde kelas, yakni merangkap hari Sabtu. So biasa la, kalau tak keluar dating, lepak or yg seangkatan dengannya, dah tentu la membuta. Hendak dipendekkan cerita, Shidi ni tidur bersama ngan member bilik dia. Tido pakai kain pelikat je. Jeans yang dipakai waktu pagi digantung di balik almari.

Pendekkan cerita lagi, petang tu ada pula org gi buat fogging. Banyak sangat kot nyamuk. Macam biasa, yang liat bangun tu dah sah tido ngan asap berkepul-kepul la jawabnya. Nasib baik la Shidi ni tersedar ngan roomate nya dek kerana bunyi yang bising dan asap yang berbau. So, dengan aksi Polis Angkasa Gaban yang laju menukar pakaiannya, dia pun mencapai jeans yang tergantung tadi dan terus pakai ala american katanya. Pakai baju dan terus ajak roomate dia ni pegi minum petang kat Seksyen 2 dengan menaiki motor yang disayanginya.

Bila dah sampai ke tempat yang dituju, semasa nak parkir kan motor EX5 kesayangannya tu, dia ternampak sesuatu kat tempat letak kaki motornya tadi. Kaler merah, sebijik macam dia punya spender. Dia ambik, dan betul..spender miliknya tersangkut kat tempat letak kaki tadi. Dengan selamba dia masukkan spender yang dah diheret beberapa kilometer tadi ke dalam poket jeans kesayangannya dan berlalu pergi mencari gerai nak hilangkan tekak yang haus dek asap fogging tadi.

Moral: Jangan letak spender yg tak pakai kat dalam jeans/seluar yg sangkut kat dinding

Sunday, December 20, 2009

hijau, merah, kuning, biru, jingga dan putih


Dah besar kan dia ni. Dah 6 bulan pun.

Tengok tak Rubik's Cube kat depan dia tu. Dulu (early 80's, tak ingat la tahun bila) menyampah aku ngan menatang ni. Buat-buat tak dapat. Last-last aku buka stiker dia tu, pastu tampal balik ikut sama kaler.

Tapi sejak aku tengok bebudak main benda ni balik, aku rasa nak try gak. Aku beli versi keychain kat Toy's R Us dua bulan lepas. Aku cuba ikut dia punya step yg disertakan, tp tak dapat gak. Aku tengok kat youtube. Sama gak tak dapat. Kecik sangat kot. So, aku lupakan.Tapi kejap je, masa sampai sini (rumah mentua aku), takde benda nak buat. Ntah macamana aku terbeli kat Tesco kiub ni (tak ori, tapi lembut bila pulas.. logo dia Brain's Cube, china mari). Aku buka balik youtube yg aku save. Aku ikut step by step. Ingat dia punya rumus..... Cukup seminggu, aku dah bleh cantumkan semua kaler. Tapi tak la selaju mana pun buat. But at least aku puas hati aku dah dapat buat semua... huhuhu

Sebelum aku terlupa.. selamat menyambut Maal Hijrah 1431H